Komsas-Kenali Istilah Sastera
Kenali Istilah Sastera
1.1 Sinopsis
1. Sinopsis ialah suatu ringkasan keseluruhan
cerita yang dibuat untuk mendapatkan
gambaran umum tentang sesuatu cerita atau perkara dalam sesebuah cerpen, drama, dan novel.
2. Sinopsis sangat penting bagi pembaca untuk membuat
penilaian tentang kekalutan cerita yang hendak disampaikan.
1.2 Tema dan Permikiran
1. Tema ialah idea dasar atau persoalan utama
yang menjadi dasar penceritaan.
2. Tema dinyatakan secara langsung (eksplisit)
dan secara tidak langsung (implisit). Tema akan diperoleh apabila seseorang itu
membaca keseluruhan cerita dalam sesebuah karya.
3. Terdapat satu tema sahaja dalam sesebuah
karya.
4. Pemikiran mempunyai maksud yang sama
dengani tema, tetapi pemikiran lazimnya digunakan dalam genre drama dan puisi.
1.3 Persoalan
1.
Persoalan ialah sesuatu hal atau perkara
kecil yang hendak diperkatakan dalam sesebuah genre sastera dan mempunyat
kaitan dengan tema.
2.
Dalam sesebuah genre sastera, terdapat
banyak persoalan yang hendak dipaparkan oleh penulis. Dalam novel, terdapat
persoalan yang sangat banyak berbanding dengan cerpen. Kesimpulannya, semakin
panjan sesebuah karya, semakin banyak persoalannya.
3.
Persoalan yang timbul dalam sesebuah karya
adalah untuk menghidupkan dan memperkukuh tema.
1.4 Plot
1.
Plot ialah suatu susunan, jalinan, jalan cerita, atau peristiwa yang
digambarkan dan diceritakan berdasarkan sebab
dan akibat.
2.
Plot boleh dibina secara urutan (kronologi)
dan tidak secara urutan (tidak kronologi). Plot terbahagi kepada dua, iaitu binaan plot dan teknik plot.
3.
Binaan plot ialah cara cerita itu disusun,
mengikut bahagian, iaitu permulaan, perkembangan, klimaks, dan peleraian.
4.
Teknik plot pula dikenal sebagai teknik penceritaan, iaitu bagaimana
cara atau kepelbagaian cara yang digunakan untuk mempersembahkan sesuatu cerita
supaya menarik.
Teknik Plot
|
Huraian
|
Dialog
|
Pertuturan atau perbualan antara watak dalam sesebuah karya
sastera.
|
Monolog
|
Ucapan atau kata-kata yang lahir dalam hati seseorang atau
watak bercakap secara bersendirian seperti dalam bentuk rayuan, ratapan, doa,
dan kata-kata harapan.
|
Monolog
Dalaman
|
Ucapan atau kata-kata yang lahir dalam hati seseorang watak.
Keadaan ini menampakkan watak itu bertutur seorang diri dalam hatinya untuk
menunjukkan adanya pergolakan jiwa, tekanan perasaan, dan kekalutan fikiran.
|
Imbas kembali
|
Suatu cara untuk mengenang kembali peristiwa atau kejadian
yang telah berlaku. Peristiwa ini dikenang melalui cara dialog, monolog, monolog
dalaman, dan pemerian.
|
Imbas
Muka
|
Suatu cara yang digunakan untuk memberikan gambaran awal atau
ramalan dan kemungkinan sesuatu peristiwa akan berlaku.
|
Pemerian
|
Untuk menyatakan, menceritakan, atau memberitahu sesuatu
perkara dengan jelas atau secara langsung.
|
Laporan
|
Suatu teknik memberitahu sesuatu perkara, mengadukan sesuatu
maklumat, atau menerangkan perkara.
|
Kolaj
|
Teknik yang memasukkan petikan surat, berita, puisi, dan lain-lain
dalam sesebuah karya.
|
Kejutan
|
Unsur dalam sesuatu urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba
dan dapat menimbulkan ketegangan perasaan.
|
Saspens
|
Sesuatu keadaan yang dapat menimbulkan kegelisahan, teruja,
cemas, dan bimbang ketika menanti sesuatu berita atau menghampiri sesuatu
klimaks. Teknik ini digunakan sebagai cara untuk menimbulkan keadaan
tertanya-tanya
dan perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca bagi menarik
minat mereka untuk meneruskan pembacaan hingga akhir cerita.
|
1.5 Watak dan Perwatakan
1.
Watak ialah sesuatu objek atau pelaku,
sama add manusia ataupun makhluk lain seperti haiwan atau tumbuhan.
2.
Perwatakan ialah pelukisan dan pernaparan atau penggambaran
seseorang pelaku atau watak dalam sesebuah genre sastera.
3.
Gambaran pelaku ini dibuat secara luaran
atau dalaman. Gambaran secara luaran adalah seperti bentuk, paras rupa, dan
tingkah laku, manakala dalaman pula adalah seperti perasaan, sikap, dan
pemikiran.
4.
Watak boleh dibahagikan kepada beberapa
jenis, iaitu:
(a)
Watak
utama - watak penting yang menggerakkan cerita dalam genre sastera.
Watak ini difokuskan secara terperinci dalam cerita dan berkembang luas.
(b) Watak sampingan - watak
yang berperanan sebagai watak pembantu untuk menggerakkan jalan cerita.
Peranannya lebih kecil daripada watak utama dalam sesuatu karya.
(c)
Watak
dinamik - watak yang sentiasa berkembang dari segi aksi, pemikiran dan
penonjolan serta keupayaannya.
(d) Watak bundar (bulat)
- watak yang bersifat rumit dan berkembang kerana mengalami pelbagai keadaan
seperti konflik, suka, sedih tekanan, dan sebagainya.
(e) Watak pipih - watak
yang tidak rumit dan berkembang, tetapi sekadar sebagai penonjolan dalam
sesuatu genre sastera untuk memegang satu aspek atau peranan.
(f)
Watak
protagonis (putih) - watak yang bersifat baik atau mempunyai nilai murni.
(g)
Watak
antagonis (hitam) - watak yang sentiasa berlawanan dan bersifat jahat.
(h) Watak statik - watak
yang tidak mengalami sebarang perubahan atau tidak berkembang dari awal hingga
akhir cerita.
1.6 Latar
1.
Latar ialah keterangan tentang keadaan masyarakat, tempat, dan masa terjadinya sesuatu peristiwa yang
terdapat dalam sesuatu cerita.
2.
Latar sangat penting dan berperanan untuk
mengembangkan watak dan perwatakan, tema, persoalan, dan plot.
3.
Latar
masyarakat ialah semua jenis keterangan tentang keadaan, suasana, aksi,
cara hidup, amalan, agama, pekerjaan, dan pemikiran masyarakat yang berada di
sesuatu tempat dalam cerita. Binatang juga termasuk dalam latar masyarakat.
4.
Latar
tempat ialah semua jenis keterangan tentang keadaan, suasana,
peristiwa, ciri-ciri, dan sejarah di sesuatu tempat dalam cerita.
5.
Latar
masa ialah semua jenis keterangan tentang masa sesuatu peristiwa
yang berlaku dalam sesebuah cerita. Masa itu meliputi aspek saat, ketika,
waktu, jam, zaman, musim, ataupun era.
1.7 Gaya Bahasa / Unsur Keindahan
1.
Gaya bahasa ialah cara penulis menggunakan bahasa sebagai alat untuk menyampaikan
sesuatu perkara, maklumat, persoalan, dan pemikiran dalam sesebuah karya
sastera.
2.
Gaya bahasa merangkum semua aspek bahasa
seperti pemilihan kata, penggunaan kiasan, pembinaan frasa, pembinaan ayat, dan
sebagainya.
3.
Gaya bahasa sangat penting untuk menarik
minat pembaca dan mewujudkan keindahan bahasa dalam sesuatu cerita.
Gaya
Bahasa
|
Huraian
|
Pemilihan
diksi yang
menarik
|
Penggunaan kata-kata yang menarik, indah, kemas, dan
kadang-kadang dapat meniupkan semangat remaja. Diksi yang baik terlihat pada
pemilihan kata yang tepat, penggunaan kata yang munasabah, serta penggunaan
kata yang jelas dan khusus.
|
Penggunaan
Ayat yang
menarik
|
Cara ayat disusun dan dibina juga menarik dengan kepelbagaian
ragam. Ada ayat yang pendek dan ayat yang panjang. Kadang-kadang diselitkan
dengan ayat yang berunsur kiasan.
|
Personifikasi
|
Unsur ini melambangkan perorangan atau memberikan sifat manusia kepada benda
lain atau unsur alam. Unsur ini menjurus kepada suatu perlambangan benda yang
tidak bernyawa sebagai sifat-sifat manusia.
|
Simile
|
Unsur ini merupakan suatu perumpamaan yang mengungkapkan kata
perbandingan dengan menggunakan perkataan seperti, persis, laksana, bak, umpama,
bagai, dan sebagainya.
|
Hiperbola
|
Penggunaan bahasa kiasan sebagai suatu perbandingan yang
digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan,
membesar-besarkan, dan agak melampau.
|
Metafora
|
Perkataan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu makna atau
maksud yang lain daripada makna biasa. Unsur mi digunakan sebagai suatu
perbandingan atau kiasan secara terus atau secara langsung tanpa menggunakan
kata seperti, bak, bagai, dan sebagainya.
|
Peribahasa
|
Terdiri daripada simpulan bahasa, pepatah, perumparnaan,
bidalan, dan sebagainya.
|
Paradoks
|
Untuk menunjukkan keadaan berlawanan dengan kata-kata dalam
sesuatu ayat.
|
Gaya
Bahasa
|
Huraian
|
Retorik
|
Penggunaan bahasa yang indah dan menarik serta sengaja dibuat-buat
untuk menarik perhatian umum, memujuk, atau mempengaruhi seseorang.
|
Bahasa asing
|
Kepelbagaian bahasa selain bahasa Melayu.
|
Inversi
|
Penggunaan ayat songsang. Contohnya, "Terletak di sini
rumahnya" dan "Belum lagi dia menerima kiriman itu."
|
Anafora
|
Pengulangan diksi pada awal baris ayat. Contohnya, perulangan
kata "yang" dalam baris-baris sajak di bawah.
Yang
akan kucatat
Yang
akan kupetik
|
Responsi
|
Pengulangan diksi pada bahagian tengah baris ayat. Contohnya,
pengulangan kata "ialah" dalam baris-baris sajak di bawah.
Engkau ialah pusaka moyang
Aku ialah pelayar yang dahaga
|
Epifora
|
Pengulangan diksi pada akhir baris ayat. Contohnya, pengulangan
kata "tanah air" dalam baris-baris sajak di bawah.
sastera yang mewarnai tanah air
sastera membesarkan tanah air
|
Kata ganda
|
Perulangan kata sama ada secara penuh, berirama, berubah,
ataupun separa. Contohnya, layang-layang, lelayang, dedaun, bukit-bukau, dan
sebagainya.
|
Repetisi
|
Perulangan ayat. Contoh:
"Jangan bawa pergi anakku"
"Jangan bawa pergi anakku"
"Jangan bawa pergi anakku"
|
Sinkope
|
Singkatan sesuatu kata seperti ku, kau, mu, tu, dan sebagainya.
|
Perlambangan
|
Kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda,
keadaan atau peristiwa.
|
1.8 Unsur Bunyi
1.
Asonansi, iaitu
pengulangan bunyi vokal dalam satu baris sajak. Contohnya, pengulangan vokal u,
iaitu maju ke ruang buku.
2.
Aliterasi, iaitu
pengulangan bunyi konsonan dalam satu baris sajak. Contohnya, pengulangan
konsonan n, iaitu ke kedinginan yang menerpa.
3.
Rima, iaitu
unsur bunyi akhir pada setiap hujung baris dalam sesuatu rangkap. Contohnya,
rima rangkap di bawah ialah abcbdef.
Di pohon sana (a)
pada dahan pohon tualang (b)
lihatlah lebah-lebah (c)
sudah membuat sarang (b)
serangga yang cergas (d)
sentiasa hidup sepakat (e)
sikap yang terpuji (f)
1.9 Sudut Pandangan
1.
Sudut pandangan melambangkan kedudukan
pengarang semasa menceritakan sesuatu dalam karya mereka sama ada pengarang
terlibat secara langsung ataupun pengarang menggunakan orang yang ketiga.
2.
Ada tiga jenis sudut pandangan:
(a)
Sudut pandangan orang pertama.
Pengarang menggunakan watak dirinya sendiri
dan juga mempunyai kebebasan untuk menceritakan segala peristiwa yang berlaku
melalui wataknya sendiri. Di sini, watak pengarang disentuh dalam cerita secara
terperinci dan menjadi watak utama. Kebiasaannya, pengarang akan menggunakan
kata ganti diri orang pertama, iaitu "aku" atau "saya".
Watak-watak lain tidak akan disentuh secara terperinci. Pengarang cuba
menyelami segala peristiwa, tempat, pemikiran, perasaan, dan lain-lain
berdasarkan apa-apa yang disaksikan, pengalaman, dan khayalan dengan
menggunakan wataknya sebagai orang yang menjadi watak utama dalam cerita.
(b) Sudut pandangan orang ketiga.
Pengarang menggunakan watak lain dan
mempunyai kebebasan untuk menceritakan segala peristiwa yang berlaku. Di sini,
watak pengarang tidak disentuh dalam cerita. Pengarang cuba menyelami segala
peristiwa, tempat, pemikiran, perasaan, dan lain-lain berdasarkan apa-apa yang
disaksikan, pengalaman, dan khayalan dengan menggunakan watak sebagai orang
yang ketiga. Pengarang akan menjadi orang yang serba tahu dalam cerita
tersebut.
(c)
Sudut
pandangan objektif.
Pengarang menyampaikan cerita berdasarkan
apa-apa yang dilihat dan didengar sahaja. Pengarang tidak terlibat dalam
cerita. Namun begitu, kata ganti nama diri ketiga masih digunakan. Pembaca
berpeluang untuk menilai apa-apa sahaja yang disaksikan, peristiwa, tingkah
laku, dan dialog para watak.
1.10 Nilai Murni
1.
Nilai murni ialah suatu perlakuan atau tingkah laku positif seseorang yang dapat memberikan kesan baik dan
teladan kepada orang lain.
2.
Setiap nilai murni dalam cerita dapat memberikan kesan terhadap pemikiran, perasaan,
tingkah laku, dan perhatian
kepada seseorang untuk memperoleh ciri-ciri nilai murni dalam kehidupannya.
3.
Terdapat 16 nilai murni yang ditetapkan
oleh KPM dan ditambah dengan nilai patriotisme.
(a). Untuk memastikan jawapan murid
terdapat dalam skema pemarkahan, jawapan murid hendaklah berdasarkan nilai
murini tersebut.
(b) Jangan letakkan imbuhan dalam nilai
murni yang diberi.
6. Cara mudah untuk menghafal nilai murni:
Aku bawa sikap (1) BAlK HATI unluk hidup (2) BERDIKARI. Di rantau orang, aku
kekalkan sikap (3) HEMAH TINGGI dan (4) HORMATMENGHORMATI. Perasaan (5) KASIH SAYANG
aku pupuk dalam diri dan (6) KEADILAN dalam bertindak. Di sini, ada (7) KEBEBASAN
dan aku memerlukan (8) KEBERANIAN untuk menghadapi cabaran. Aku kekalkan (9)
KEBERSIHAN
FIZIKAL DAN MENTAL, agar lahir sikap (10) KEJUJURAN dalam diri warga di sini.
Aku berharap rakan senang dengan sikap (11) KESEDERHANAAN yang aku tunjukkan. Di
sini, aku dapat menilai erti (12) KERJASAMA dan (13) KERAJINAN untak mengubah nasib.
Timbul rasa (14) KESYUKURAN dan dapat berfikir secara (15) RASIONAL terhadap (16) SEMANGAT
BERMASYARAKAT penduduk di sini. Akhirnya, timbul perasaan (17) PATRIOTISME
terhadap negaraku sendiri.
Nota: Anda boleh
menggunakan nilai lain yang anda tahu, tetapi kemungkinan tiada dalam skema peperiksaan
2.11 Pengajaran
1.
Pengajaran ialah suatu perutusan, amanat,
peringatan, dan pedoman yang hendak diberitahu oleh pengarang kepada seseorang.
2.
Pengajaran juga merupakan unsur teladan
yang diterapkan oleh penulis dalam sesebuah karya sastera.
3.
Pengajaran lazimnya disampaikan secara tersirat dalam sesebuah novel,
cerpen, sajak, dan sebagainya.
4.
Kebiasaannya, pengajaran dimulakan dengan
awalan ayat seperti di bawah:
(a)
Kita seharusnya
(b) Kita
mestilah
(c)
Kita perlulah
(d) Kita
janganlah
1.12 Bentuk Puisi / Sajak
1. Syair ini terdiri daripada lapan rangkap.
2. Setiap rangkap syair mengandungi empat baris.
3. Setiap baris syair mengandungi empat hingga enam patah
perkataan.
4. Setiap baris syair mengandungi 10 hingga 13 suku kata.
5. Pola rima akhir syair ialah aaaa.
Sangat berguna
ReplyDeleteYa sangat berguna
Deleteterima kasih untuk nota ni
ReplyDeletemintak halal ye semua ilmu ni
Same
DeleteTerima kasih. Nota ini sangat berguna.
ReplyDeleteI didn't get what i need😌
ReplyDeletealhamdulihlah nota yang baik
ReplyDeleteGreat information!!
ReplyDeleteMinta halal jugak eh ilmu ni😌😌
ReplyDeleteSaya kongsikan dengan pelajar dan peserta bengkel. Saranan saya: Tuan/Puan letakkan nama sebenar supaya hak intelek tuan/puan terpelihara dan kami yang berkongsi dapat menyenaraikan tuan/puan sebagai sumber rasmi (tidaklah hanya Anonymous :-))
ReplyDeleteMinta halal ya ilmu...
ReplyDeleteTerima kasih ilmunya, sangat membantu bagi pelajar2 , Tuhan memberkati
ReplyDeleteSangat membantu
ReplyDeleteTerima kasih,nota ini amat berguna..terima kasih sekali lagi😊😊
ReplyDeleteSaya suka komsas kerana ia mempuanyai pelbagai jenis
ReplyDeleteAdik saya suka akan nilai murni serta plot dan watak dan perwatakan
ReplyDeletesaya ambil sedikit maklumat daripada blog ini boleh? minta halalkan ilmu yang telah diberikan jika tidak keberatan.
ReplyDeleteTerima kasih cg
ReplyDeleteSangat membantu. bless org yg buat ni...
ReplyDelete